renung sejenak
Assalamualaikum.
Jika inginkan bentuk bibir yang menawan, bukan dengan memakai lipstik yang berwarna idaman, tetapi bentukkanlah bibir itu dengan kalimah kebaikan.
Inginkan mata yang cantik, menawan dan indah bukan hanya memakai pewarna mata, namun kecantikan mata sebenarnya adalah dengan mencari dan memandang kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing dan mengagumkan, bukan dengan berdiet semata-mata, tetapi berbahagilah makanan kepada mereka yang kelaparan.
Rambut yang indah tentulah menjadi idaman wanita, bukan syampu, bukan pewarna yang diperlukan, tetapi larutan penuh kasih diatasnya. Bagi si ibu, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari, kerana si anak kecil itu sememangnya penuh kasih dihati.
Untuk mendapatkan tubuh yang cantik, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, nescaya anda tidak pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali dan diampuni.
Jadi janganlah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah! Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, Insyaallah akan senantiasa dan tangan terhulur buatmu.
Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri nikmat yang telah diberi pada dua tanganmu, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
Sebenarnya kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bkan pada bentuk badannya, atau cara dia menyisir rambut, namun kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia kerana dimata ialah terletak gerbang menuju kesetiap hati manusia dan cinta dapat berkembang.
"Seangkuh dan sehebat manapun kamu, namun sejadah jua DAHImu sujud"
Seindah dan semahal mana pakaianmu, secarik KAIN dan secebis KAPAN jua membalutmu
Sebesar dan seindah manapun RUMAHmu, sekujur badan dalam GELITA jua tempat tinggalmu
Seramai manapun KAWANmu dan sebanyak mana DUITmu, tetap kamu KESEORANGAN
disana amalan ibadat temanmu
Secantik manapun rupamu TULANG PUTIH jua yang akan tinggal.
Labels: sedar.